Wings Lancar Aplikasi Telefon Pintar

Kuala Lumpur – Selama 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air, kumpulan lagenda rock, Wings hari ini tampil melancarkan aplikasi telefon pintar sebagai hadiah kepada peminat setianya.

 

‘Wings Mobile App’ dihasilkan sebagai medium perkongsian dan pautan kepada semua laman sosial berkaitan Wings.

 

Gitarisnya, Joe berkata seiring dengan keperluan zaman sekarang, Wings mengambil langkah proaktif sebagai perintis kepada kumpulan dan industri muzik untuk berkongsi aktiviti secara pintar.

 

“Melalui apps ini kami boleh berinteraksi secara terus dengan pengikut dengan cara yang baru.

 

Katanya peminat juga boleh memuat turun aplikasi menerusi sistem operasi IOS, iTunes Store dan Android secara percuma.

 

“Selain pembelian singles dan album, peminat juga boleh mendapatkan barangan cenderahati Wings seperti kemeja- t, topi dan lain-lain,” katanya ketika sidang media di Istana Budaya hari ini.

 

Sementara itu, kumpulan yang dianggotai oleh Awie, Joe, Eddie dan Black itu juga tampil melancarkan album konsert live Wings Rockestra@Istana Budaya selepas kejayaannya menarik hampir 7,000 penonton.

 

Album diterbitkan dalam pek berkembar DVD dan CD Audio yang mengandungi 20 dan 16 buah lagu.

 

Menurut vokalisnya, Awie album Rockestra itu dianggap hadiah jujur kepada peminatnya kerana tidak ada sebarang penambahbaikan dilakukan.

 

“Album ini adalah original daripada konsert di Istana Budaya, apa yang anda dengar itu lah yang ada dalam album.

 

“Tidak ada sebarang editing, ini muzik pure yang dimainkan ketika konsert. Main begitu, nyanyi begitu, orkestra begitu dan itulah yang anda dengar,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Live Album Rokestra Wings dan Wings Mobile App di Istana Budaya di sini hari ini.

 

Antara lagu popular yang dirakamkan adalah Bujang Senang, Misteri Mimpi Syakila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.