VIDEO: Pegawai Polis Tampar Warga Tua

FLORIDA – Seorang Pegawai Polis Fort Lauderdale, Florida Amerika Syarikat digantung kerja selepas video yang memaparkan tindakannya mengasari seorang lelaki tua gelandangan tersebar di Youtube.

 

Indisen berlaku petang Ahad apabila Pegawai Polis, Victor Ramirez pada awalnya dilihat menasihati Bruce Laclair, 58 supaya meninggalkan terminal bas yang dikawalnya.

 

Mungkin menyedari Laclair masih mahu melepak di situ, Ramirez mengekori dan mendekati semula Laclair kemudian dilihat menolak Laclair hingga jatuh ke tanah dan menamparnya.

 

 

Laclair didengar bersumpah dan memberitahu Ramirez yang dia cuma mahu ke tandas untuk kencing.

 

“Saya akan menolak anda ke tanah dan memukul anda jika anda mahu melawan saya,” kata Ramirez yang tidak meyakini kata-kata Laclair.

 

Pegawai polis itu dilihat menggari tangan Laclair dan memeriksa sakunya sebelum menghubungi rakannya yang lain memaklumkan penangkapan Laclair.

 

Seorang saksi kejadian memberitahu media tempatan memang ada papan tanda larangan melepak di terminal bas tersebut namun masih belum jelas sebab sebenar mengapa lelaki tua itu dikasari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.