Video: Parodi Telesidang Gagal, Mahfuz Seronok Kena ‘Troll’

Kuala Lumpur – Kegagalan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengadakan telesidang bersama pembunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu baru-baru ini nampaknya masih belum berakhir apabila ia terus menjadi sketsa lawak yang melucukan.

 

Semuanya gara-gara panggilan telefon yang dibuat Mahfuz ke atas bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar baru-baru ini, tidak dijawab walaupun pada awalnya beliau begitu yakin perancangannya itu akan berjalan lancar.

 

Terbaru pengendali laman Facebook ‘Troll Macai’memuatnaik sebuah video parodi pendek yang berkisarkan kejadian ketika sidang akhbar yang diadakan oleh Mahfuz itu.

 

 

Di dalam video parodi berdurasi 0:48 saat itu, Mahfuz digambarkan cuba menghubungi Sirul (lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul) namun usaha itu tidak berjaya.

 

Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika diminta mengulas mengenai pembikinan video parodi tersebut turut terhibur.

 

“Bagus, bagus… sangat bagus.. ha..ha..ha” komen beliau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Mahfuz sebelum ini dikatakan bermain ‘drama’ apabila menuduh pihak berkuasa cuba mengganggu talian komuni­kasi tersebut bagi menghalang telesidang yang ingin dilakukan itu.

 

“Tadi masa saya SMS (khidmat pesanan ringkas) dia pukul 10.40 (pagi) tadi, dia kata okey, sekarang tak boleh pula,” kata Mahfuz sebelum ini untuk menutup rasa malunya selepas cubaan beliau berulang kali untuk menghubungi Sirul gagal.

 

 

Setelah percubaan itu tidak berjaya.Akhirnya Mahfuz akhirnya terpaksa membatalkan sidang akhbar tersebut sejam kemudian.

 

Paling menarik, sebaik sahaja semua petugas media beredar Mahfuz dikatakan berjaya menghubungi ‘Sirul’ namun pembunuh Altantuya itu enggan memberikan sebarang maklumat baru sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

 

Dalam perbualan hanya tiga minit dengan Mahfuz, individu yang dikatakan Sirul itu berkata tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan baru sebelum memutuskan panggilan telefon tgersebut.

 

Puluhan anggota media sebelum ini menunggu di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut bermula jam 10.30 pagi bagi membuat liputan sidang telefon itu namun pulang dengan hampa apabila ‘Sirul’ enggan memberikan sebarang maklumat tambahan dalam perbualannya dengan Mahfuz.

 

Ekoran ‘sketsa lawak’ itu Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu kenyataan sebelum ini menyarankan Mahfuz agar menyertai program realiti Maharaja Lawak 2015.

 

Malah, menurut Syed Ali, petugas media yang hadir untuk telesidang tersebut di ibu pejabat parti PAS itu turut dipermainkan Mahfuz menerusi ‘lawak bodoh’ berkenaan yang tidak boleh diterima akal.

 

 

“Oleh sebab itu, pada pemerhatian saya, rasanya dia (Mahfuz) amat sesuai dan berkelayakan untuk menyertai program realiti Maharaja Lawak musim 2015,” katanya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.