Video: ADUN DAP Enggan Komen Dakwaan Berjudi

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Balakong, Eddie Ng Tien Chee enggan mengulas mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya terlibat dengan aktiviti perjudian bersama sekumpulan lelaki ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

 

Tien Chee ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya telah menghantar surat penjelasan berhubung kejadian tersebut Selasa lalu.

 

 

“Itu no komenlah (dakwaan terlibat dengan aktiviti perjudian), saya (juga) telahpun membuat laporan polis dan biar pihak polis menyiasat mengenainya.

 

“Buat sementara waktu ini saya telah berikan surat penjelasan kepada Jawatankuasa Tatatertib parti dan saya masih menungu  maklumbalas keputusan mereka” ujarnya.

 

Ketika ditanya mengenai kandungan surat penjelasan yang dihantar itu, beliau turut enggan memberikan sebarang komen sambil menyerahkan kepada pihak Jawatankuasa Tatatertib parti untuk memutuskannya.

 

“Itu saya serahkan pada pihak Jawatankuasa sama ada mereka mahu mendedahkannya (kandungan surat penjelasan) atau tidak,

 

“Saya perlu adil kepada mereka, kerana pihak Jawatankuasa perlukan masa untuk aturkan mensyuarat kerana sekarang masih dalam musim perayaan lagi (kerana)  bukan semua ahli jawatankuasa berada di Kuala Lumpur” ujarnya lagi.

 

Akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015 yang lalu menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai tindakan Eddie yang mencetuskan kontroversi berjudi di tempat terbuka.

 

Artikel bertajuk ‘Bermula sahaja Tahun Baharu Cina DAP sudah berkulat’ itu ditulis oleh Lim Eng Theng dan disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.

 

Kontroversi tercetus apabila Tien Chee dikatakan cuba mewajarkan tindakan mereka, biarpun secara terang-terangan telah melanggar undang-undang dan peraturan.

 

Tien Chee turut dikatakan mahu me­ngambil tindakan saman malu terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya ekoran penyebaran gambar dan rakaman video tersebut.

 

Apa yang mengelirukan orang ramai, apabila beliau tidak dapat mengesahkan bahawa gambar itu adalah dirinya walaupun mengaku pernah terlibat dengan perjudian beramai-ramai.

 

Tien Chee ketika mengulas lanjut berkata isu judi dan individu di dalam gambar tersebut adalah merupakan dua perkara yang berlainan sambil menafikan aktiviti perjudian itu berlaku di pejabat DAP.

 

“Saya memang menafikan kerana wartawan yang biasa datang untuk sidang akhbar saya pasti tahu keadaan sebenar pejabat saya.

 

“Ia adalah dua isu yang berlainan” ujarnya lagi.

 

Video: Rakaman ADUN DAP, Eddie Ng Sedang Bermain Judi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.