Untung Suku Kedua Sime Darby RM592.7j

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mencatat untung sebelum cukai lebih rendah, RM592.7 juta bagi suku kedua yang berakhir 31 Disember 2014, berbanding RM953.22 juta pada tempoh yang sama 2013.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini konglomerat multinasional itu berkata pendapatan meningkat kepada RM10.74 bilion bagi suku berkenaan daripada RM10.71 bilion.

 

“Untung sebelum cukai menurun kepada RM1.27 bilion daripada RM1.62 bilion disebabkan perolehan yang rendah daripada semua segmen perniagaan, kecuali hartanah serta tenaga dan utiliti, manakala pendapatan separuh tahun susut kepada RM20.87 bilion daripada RM21.3 bilion,” mengikut kenyataan itu. – BERNAMA / BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.