Tunku Jalil Dan ‘Buaya Darat’ Bernama Azlee

Kuala Lumpur – Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung dan anjing bagi yang bukan Islam, menjadi suatu kebiasaan tetapi lain pula pilihan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

 

Menerusi akaun Instagramnya, Tunku Jalil telah memuat naik sekeping gambar bersama haiwan peliharaanya iaitu seekor buaya.

 

Tunku Jalil memberikan nama Azlee kepada buaya sepanjang hampir satu meter itu.

 

Tunku juga menggunakan hastag #buayadarat, sekadar ayat gurauan yang sering digunakan oleh segelintir gadis kepada jejaka yang nakal.

 

Pengikut Instagramnya menyifatkan Tunku sebagai seorang yang berani kerana umum mengetahui sifat seekor buaya ialah ganas dan merupakan pemangsa.

 

Selain buaya, Tunku juga memelihara tapir yang diberi nama Lucy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.