Seorang Lagi Warga Malaysia Terbunuh Di Syria

Kuala Lumpur – Seorang lagi anggota militan Malaysia, Abdul Samad Shukry Mohamad dilaporkan terbunuh di Syria setelah megalami kecederaan akibat dibedil tentera Syria, lima bulan lalu.

 

Abdul Samad merupakan salah seorang anggota Jemaah Islamiah dilaporkan cedera dalam serangan itu sebelum meninggal dunia, lapor The Star Online.

 

Menurut sumber yang dipetik daripada laporan itu, Abdul Samad ke Syria pada 1 Februari tahun lalu bersama beberapa lagi rakannya yang juga warga Malaysia.

 

“Dia ke Syria sejak 1 Februari tahun lepas. Lima bulan lepas dia mengalami kecederaan selepas dibom oleh tentera Bashar Assad.

 

“Dipercayai dia dibawa ke Turki untuk dirawat namun meninggal dunia kerana kecederaan itu ketika menerima rawatan,” katanya.

 

Abdul Samad yang juga dikenali sebagai Abu Aisyah merupakan antara enam warga Malaysia yang maut di negara bergolak itu. Berita kematian Abu Aisyah telah tersebar di media sosial.

 

Dalaam satu kenyataan di Facebook, ahli kumpulan militan berkata, Abu Aisyah yang juga merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah syahid.

 

“Dia meninggal dunia selepas pembedahan setelah menderita akibat kecederaam di kakinya akibat serangan di Arzy lima bulan lalu.

 

“Abu Aisyah merupakan sahabat baik kepada Ustaz Mat (Mohd Lotfi Ariffin) yang tiba bersamanya di Syria,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.