Semut Buat Laporan Polis Terhadap Blogger Sakmongkol AK47

Shah Alam – Pemantau Media Sosial Pasukan Sensible, Ethical Malaysian United Team (Semut) Malaysia meminta polis menyiasat penulis blog ‘Sakmongkol AK47’ yang didakwa menulis artikel berbaur fitnah dan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.

 

Pengerusinya, Zaparudin Abd Rahim berkata artikel bertajuk ‘The White and Black Minstrel Show will end as a huge embarrassment’ itu dan disiarkan di laman portal ‘The Malaysian Insider’ pada 22 Februari lepas didakwa cuba membangkitkan semangat protes jalanan dan mencetus kemarahan rakyat.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap penulis blog tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 pagi ini.

 

“Justeru kami memohon pihak polis menyiasat artikel ini di bawah mana-mana peraturan yang berkenaan selaras dengan kedaulatan undang-undang serta keluhuran perlembagaan demokrasi berparlimen negara di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.