Saya Lebih Rela Terjun Bangunan Daripada Sertai Pembangkang – MP Putatan

Kota Kinabalu – Wakil rakyat Putatan dan Naib Presiden Upko, Marcus Mojigoh bersedia terjun dari jambatan atau bangunan daripada menyertai pembangkang jika terus diberi tekanan atau gangguan oleh Barisan Nasional atas kenyataanya baru-baru ini tentang dasar kerajaan,

 

Marcus berkata menyertai parti pembangkang jauh lebih bahaya daripada Barisan Nasional, tetapi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak selesa dengan apa yang dikatakan, Marcus memberi amaran dalam nada sindir bahawa dia aka menunggu surat untuk terjun dari jambatan.

 

“Semakin mereka kacau saya, semakin saya akan buat kecoh. Jangan main-main dengan saya.

 

“Jika mereka mengacau saya, saya juga boleh membuat kacau,” tambah beliau.

 

Beliau membayangkan BN parti yang penuh dengan buaya tetapi masih boleh berhadapan dengannya manakala, buaya-buaya dalam pembangkang jauh lebih berbahaya dan boleh menelan saya.

 

Marcus berkata demikian selepas menyertai sambutan Tahun Baru Cina Unit Kebajikan UTC pada hari Rabu.

 

Marcus mengulas kenyataan Adun Petagas yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yahya Hussin, bahawa beliau patut menyertai pembangkang kerana “mempersoalkan dasar kerajaan”.

 

Beliau juga menyentuh tentang debat di laman media sosial, Facebook, tentang sama ada beliau akan melompat dari periuk (BN) ke dalam api (Pakatan Rakyat) atau sebalinya.

 

Beliau menambah bahawa apa yang dikatakan oleh beliau dalam mengkritik BN adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kaitan dengan parti beliau Upko.

 

“Mereka boleh memberikan surat tunjuk sebab kepada saya kerana pandangan saya? Adakah mereka berani?

 

“Mereka tahu siapa saya. Saya tidak peduli sama ada mereka suka saya atau tidak. Saya dipilih oleh rakyat,” kata beliau.

 

Menyentuh tentang teras hujahnya tentang konsep BN, beliau menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip walaupun ada sesetengah orang yang tidak bersependapat.

 

“Jika sesuatu perkara itu mengganggu pemikiran saya, saya akan mempersoalkannya,” jelas beliau ketika mengenangkan ketidakpuasan beliau dengan BN.

 

Beliau memetik isu Wakil Rakyat Seputeh, Teresa Kok yang dilarang daripada memasuki Sabah sebagai contoh situasi yang “mengganggu pemikirannya dan bertentangan dengan prinsipnya”.

 

“Pelarangan individu dan ahli politik daripada Sabah atau memenjarakan mereka telah lapuk dan tidak lagi diterima pada masa kini.

 

“Itu adalah politik zaman lalu. Orang muda tidak suka permainan politik sedemikian. Mereka mahu meluahkan, mendengar dan membaca tentang apa yang sedang berlaku. Mereka berminat dalam media sosial.

 

“Jadi, kita mesti mengikut rentak orang muda. Kita membiarkan Teresa Kok untuk datang ke sini. Ia terpulang kepada rakyat sama ada untuk menerima atau tidak apa yang dikatakan oleh beliau.” ,” kata Marcus lagi.

 

Kerana bercakap bagi pihak Wakil Rakyat dari pihak pembangkang, tindakan beliau dipersoalkan daripada pelbagai pihak dalam BN, kata Marcus.

 

Marcus akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.

 

“Saya tanya anda . . . Adakah Teresa Kok begitu berbahaya? Adakah anda takut beliau datang ke Sabah? Jika anda takut maka saya betul. Ia bermaksud anda takut akan Teresa Kok! Tetapi jika anda tidak takut, kenapa larang beliau?” soal beliau. “Adakah kita sangat lemah hingga takut dengan Teresa Kok? Tidak, saya tidak berasa sedemikian!

 

“Kami lebih baik daripada Teresa Kok.” uajrnya pula.

 

Marcus berkata bahawa sebagai Wakil Rakyat, beliau akan menjadi orang pertama yang akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.

 

Beliau memberikan satu lagi contoh iaitu penukaran agama seorang pelajar prempuan Kristian di bawah umur di SMK Kinarut, dekat Kota Kinabalu.

 

“Ini bukanlah kes yang pertama di sekolah-sekolah dan di kampung-kampung,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.