PM Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harakah

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi PAS, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

 

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub jam 3 petang tadi menurut laporan Utusan Online.

 

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah yang dilontarkan Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’

 

Dalam artikel itu turut memetik laporan bertajuk ‘Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York’ yang disiarkan dalam akhbar The New York Times bertarikh 8 Februari 2015 yang ditulis oleh Louise Story dan Stephanie Sual.

 

Artikel berkenaan turut mendedahkan dakwaan urusniaga pembelian kondominium mewah oleh anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz yang dikatakan menggunakan dana yang tidak didedahkan sumbernya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.