Nabila Mengamuk, Akaun Facebook Palsu Minta Duit Guna Namanya

Kuala Lumpur – Pelakon popular, Nabila Huda berang, apabila mengetahui ada pihak tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menggunakan nama dan gambarnya untuk membuka akaun Facebook palsu, malah turut meminta wang daripada peminatnya.

 

Nabila menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar dua akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya.

 

Anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search itu meminta peminatnya supaya berhati-hati dengan akaun Facebook palsu itu.

 

Pada masa sama, dia turut meminta pengikut Instagramnya ‘repost’ gambar itu, bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab itu.

 

“Peringatan, kedua-dua akaun Facebook ini adalah palsu! Jangan tertipu, terutama Facebook yang sebelah kanan itu kerana memang melampau!

 

“Saya dengar dia mesej kepada peminat saya untuk meminta duit dan minta simpati sampai ada yang sudah memberikan duit kepadanya!” katanya.

 

Menurutnya, perbuatan itu melampau, kerana pihak berkenaan bukan sahaja membuka akaun palsu, malah turut memuat naik status sesuka hati.

 

“Saya akan ambil tindakan. Tolong sebarkan perkara ini. Untuk makluman, saya hanya ada satu sahaja fanpage di Facebook dan ia dikelolakan oleh saya sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.