Mohon Bantuan Banjir Dua Kali Jika Lebih Satu Keluarga Tinggal Serumah

SARIKEI – Mangsa banjir boleh memohon bantuan dua kali sekiranya lebih daripada satu keluarga tinggal sebumbung, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

 

Menurut beliau, mereka hanya perlu membuktikan perkara tersebut agar dapat mendaftar untuk menerima bantuan.

 

“Sekiranya ada dua buah keluarga yang tinggal sebumbung, boleh dimaafkan. Mereka cuma perlu buktikan untuk daftar,” katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan Bajet 2015 di Dewan Suarah Sarikei di sini Khamis.

 

Beliau diminta mengulas mengenai usaha mengelak ketirisan bantuan banjir berikutan ada pihak yang mendaftar lebih daripada sekali untuk mendapatkan bantuan tersebut.

 

Beliau percaya pangkalan data mangsa banjir yang mendaftar untuk mendapatkan bantuan sudah dibersihkan bagi mengelakkan ketirisan tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.