Makanan Habis, Yana Samsudin Minta Maaf

Majlis resepsi  Yana Samsudin yang berlangsung pada 14 Februari cukup meriah dengan kehadiran lebih kurang 10,000 orang. Bagaimanapun pelakon itu memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputannya yang tidak dapat menikmati makanan kerana kehabisan.

 

Memetik kenyataan di mStar online, Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 31, berkata, jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut di luar jangkaan dan terlalu ramai.

 

“Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

 

“Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

 

“Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi,” ujarnya.

 

Majis persandingan diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng Johor. Mengikut kad jemputan, jamuan makan bermula dari pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pukul 8 malam. Bagaimanapun ada yang tetamu yang datang tidak dapat menikmati makanan apabila juadah yang dihidangkan habis.

 

Terdahulu sehari sebelum itu Yana dan pasangannya pelakon Fadzil Zahari, 32, selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Kota Impian, Yong Peng.

 

Yana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000, manakala wang hantaran sebanyak RM50,000. – Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.