Madonna Terjatuh Ketika Menyanyi Di Brit Awards

BINTANG pop terkemuka dunia, Madonna, terjatuh ketika mengadakan persembahan pada Anugerah Brit 2015, beberapa jam lalu.

 

Penghibur berkenaan tertarik ke arah belakang dari atas pentas ketika penarinya cuba menanggalkan kolar mantel yang dipakai wanita terbabit pada awal-awal persembahan.

 

Bagaimanapun, beliau tidak terkesan dengan insiden terbabit, sebaliknya menyambung persembahan menyanyikan lagu terbaharu, Living For Love.

 

Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan dirinya dalam keadaan baik dan kain terbabit diikat dengan terlalu ketat.

 

“Tiada apa yang mampu menghalang saya dan cinta memberikan semangat kepada saya,” katanya pada Instagram beliau, dengan merujuk kepada lirik lagu berkenaan.

 

Madonna juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraannya. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.