Lufya Enggan Lagi Terima Watak Bersentuhan

Selepas mengambil keputusan berhijab, penyanyi dan juga pelakon, Lufya Omar mengakui sudah mula mengurangkan menerima tawaran berlakon dan jika ada pun, cukup sekadar menerima watak yang tidak bersentuhan dan bersesuaian dengan perubahan kini.

 

Lufya ata nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar kerana kini telah mengambil keputusan untuk bertudung litup pada 2 Februari lalu, juga pada hari lahirnya yang ke 30.

 

Menurut Lufya, niat untuk berhijrah tersebut memang sudah terdetik setiap tahun namun ketika itu dia terlalu memikirkan mengenai kerjaya dan juga komitmen.

 

“Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung”

 

“Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya,” jelas Lufya.

 

Selian itu, antara perkara yang menemukannya untuk berhijab adalah apabila dia jatuh sakit dan ketika saat tersebut, Lufya banyak bermuhasabah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.