Lee Kuan Yew Masih Di ICU

Singapura – Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Singapura, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

 

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO berkata Lee masih diberi ubat pelali dan berada dalam ventilasi mekanikal.

 

Doktor beliau telah memberikan semula antibiotik kepada beliau, dan terus memantaunya dengan rapi.

 

Lee, 91, dimasukkan ke Hospital Besar Singapura sejak 5 Feb lepas akibat radang paru-paru yang teruk.

 

Beliau adalah Perdana Menteri Singapura yang pertama (1959-1990) dan dianggap sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.