JAKIM Akan Keluar Senarai Hadis Palsu

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan senarai hadis palsu di laman sesawangnya sebagai rujukan kepada orang ramai.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu bagi mengekang kegiatan penggunaan hadis palsu yang banyak disebarkan di internet dan digunakan individu tertentu untuk kegiatan ektremisme.

 

“Kita akan gerakan kepakaran yang ada pada JAKIM bagi memantau hadis palsu ini yang kita lihat banyak digunakan bagi amalan tidak betul termasuk menarik orang ramai menyertai kumpulan Negara Islam (IS).

 

“JAKIM akan keluarkan senarai hadis palsu ini secara berperingkat bagi rujukan orang ramai,” katanya pada sidang media selepas majlis pertemuan bersama bersama ahli lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran dan lajnah tafsir al-Quran di sini sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.