IAM Peruntuk RM3.5 Juta Bina Rumah Mangsa Banjir

PASIR PUTEH – Islamic Aid Malaysia (IAM) memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk membina 54 rumah kekal dan 28 rumah sementara kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

 

Pengerusi IAM Kelantan, Bustanol Arifin Mohd Kamal berkata 54 buah rumah kekal dengan setiap satu berharga RM45,000 akan dibina di kawasan Lebir di Gua Musang dan Pahi di Kuala Krai.

 

Rumah kekal bertiang itu akan mula dibina pada April depan dan mengandungi tiga bilik tidur, dua tandas, satu dapur dan satu ruang tamu, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir pada Disember tahun lepas, di Sekolah Kebangsaan (P) Pasir Puteh di sini, hari ini.

 

Bustanol Arifin berkata, kini pihaknya sedang membina 28 buah rumah sementara berharga RM13,000 setiap unit di Lebir dan Pahi serta Manek Urai juga di Kuala Krai.

 

Katanya rumah sementara itu dilengkapi dua bilik tidur, satu tandas, satu ruang dapur dan satu ruang tamu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.