Gossip Artis: Nikah VIP Senyap-Senyap

Meriahnya hidup selebriti wanita tempatan lebih-lebih lagi mereka yang popular lagi jelita. Mana tidaknya, sudahlah popular, suami pula mampu memberikan mereka apa saja.

 

Terkini, dalam ruangan gosip sebuah akhbar hari ini menyebut seorang selebriti wanita yang sudah lama menyepi diri sejak mendirikan rumah tangga.

 

Tidak lama dulu, dia dikatakan pernah membuat ‘comeback’, tetapi bukan lapangan pengacaraan menjadi pilihan, sebaliknya menceburi dunia perniagaan. Pernah dulu terdengar khabar angin kononnya dia ditaja VIP.

 

Namun menurut satu sumber, personaliti TV itu sebenarnya sudah pun berkahwin dengan seorang VIP yang dikenali ramai. Pun begitu tidak pasti pula statusnya sebagai yang nombor berapa. Tak kisahlah kalau itu sudah jodoh.

 

Kalau benarlah berita yang disampaikan, tahniah. Mudah-mudahan perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke jannah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.