Doktor Beri Semula Antibiotik Kepada Lee Kuan Yew

SINGAPURA – Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Singapura, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

 

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO berkata, Kuan Yew masih diberi ubat pelali dan berada dalam ventilasi mekanikal.

 

Doktor beliau telah memberikannya semula antibiotik dan terus memantaunya dengan rapi.

 

Kuan Yew, 91, dimasukkan ke Hospital Besar Singapura sejak 5 Februari lepas akibat radang paru-paru yang teruk.

 

Beliau adalah Perdana Menteri yang pertama (1959-1990) dan dianggap sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di dunia. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.