Diskaun 5% Rumah Bumiputera Pulau Pinang Ditarik Balik

Kuala Lumpur – Arahan mengenai penarikan semula diskaun pembelian rumah untuk Bumiputera Pulau Pinang kini menjadi viral di media sosial

 

Surat arahan tersebut menyatakan bahawa pembeli rumah Bumiputera di Pulau Pinang kini tidak lagi menikmati diskaun lima peratus untuk pembelian kediaman.

 

Arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertarikh 23 Februari kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai.

 

Ia meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah mampu milik.

 

Bagaimanapun, arahan itu tidak memaklumkan punca penarikan semula diskaun lima peratus itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.