Awie Dakwa Dua Anaknya ‘Dirompak’ Bekas Isteri

Kuala Lumpur – Vokalis kumpulan Wings, Awie mendakwa dua daripada tiga anaknya telah ‘dirompak’ oleh bekas isterinya, Rozana Misbun pada 9 Februari lalu.

 

Menurutnya Rozana pada awalnya meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk melawat anaknya sebelum bertindak membawa lari anaknya.

 

“Dua (orang anak) telah dirompak lari dari sekolah. Cikgu-cikgu sudah buat laporan. Dia datang dengan kurang ajar bersama polis which is saya tidak tahu siapa dia.

 

“Saya agak terkilan dengan cara ortodoks yang tidak berdiplomatik lansung dan saya telah pergi ke rumah mereka tetapi tidak dapat jumpa dan dihalang,” katanya kepada pemberita di Istana Budaya hari ini.

 

Lebih memeranjatkan Awie berkata seorang lelaki yang mengaku seorang pegawai polis dengan membawa senjata api juga datang ke rumahnya.

 

Namun katanya beliau tidak mampu berbuat apa-apa selepas usahanya pergi ke rumah Rozana untuk berjumpa anaknya gagal. Ini kerana laporan polis sudah dibuat dan beliau hanya menunggu siasatan dibuat.

 

“Saya sudah buat laporan polis dan sedang menunggu siasatan dijalankan.

 

“Lelaki yang tidak memakai pakaian seragam tetapi mengaku polis datang ke rumah saya membawa senjata api. Saya agak terperanjat kerana tidak tahu mereka ni polis dari mana,” jelasnya.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.