100 Terkorban Tertimbus Salji Tebal Di Afghanistan

KABUL  – Lebih 100 penduduk terkorban selepas tertimbus dalam salji tebal di kawasan pergunungan di utara Kabul semalam, ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan berpuluh-puluh penduduk lain yang terperangkap dalam salji tebal.

 

Gabenor Utara Kabul berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk di wilayah Panjshir kira-kira 150 kilometer di utara Kabul.

 

“Ribut salji yang berterusan selama dua hari memusnahkan lebih 100 buah rumah di wilayah ini yang terputus laluan ke jalan utama, keadaan itu menyebabkan kesukaran kepada pasukan penyelamat untuk memasuki kawasan di pedalaman dan menyukarkan kerja-kerja bantuan, ” kata gabenor wilayah Panjshir, Abdul Rahman Kabiri. – REUTERS / UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.