Seminar Antarabangsa Anjuran IWM Bukan Bertujuan Politik – Dr. Abdullah

PUTRAJAYA – Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin menjelaskan Seminar Antarabangsa anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang bakal diadakan pada April depan bukanlah berdasarkan dan bertujuan politik semata-mata.

Sebaliknya, ia berdasarkan untuk mengukuhkan ukhwah dan persaudaraan sesama umat Islam di negara ini.

Selain itu, ia bertujuan menerangkan dengan lebih mendalam mengenai konsep Wasatiyyah seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika baginda memerintah negara Islam.

“Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) mendasarkan seminar antarabangsa ini sebagai tujuan untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan umat Islam. Ia bukan kerana politik, tidak.

“Malah, menguatkan ukhwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad,” kata Abdullah yang juga pengerusi IWM dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Justeru, kata Abdullah, sekiranya terdapat pihak yang mengecam usaha murni pihak IWM untuk melebarkan maksud dan tujuan wasatiyyah dari segi Maqasid Syariah, ia boleh dikira sebagai mempunyai niat yang tidak betul.

“Kalau ada pihak yang merasakan anjuran seminar ini atas dasar politk, dan rasa nak marah, ada ‘something wrong’ dengan pihak itu.

“Jadi, jangan ada kecaman sesama umat Islam,” katanya.

IWM telah menggariskan tiga tujuan utama seminar itu diadakan iaitu untuk menyokong dan menyemarakkan kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

Juga, ia ke arah memperkasakan Malaysia sebagai peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau dan antarabangsa.

Selain itu, dapat mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan Maqasid Syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

Seminar Antarabangsa yang bertajuk “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah” itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 April sehingga 10 April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.