Karnival Sempena Pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang 1 Mac

KUALA LUMPUR — Sempena pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 1 Mac ini, karnival akan diadakan pada hari itu bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya hari ini, karnival itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 4 petang.

“Karnival itu memberi peluang kepada peniaga-peniaga tempatan berniaga di tapak-tapak gerai yang disediakan,

“Perkhidmatan kerajaan turut disediakan seperti pembaharuan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan pembaharuan lesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan,” menurut kenyataan itu.

Karnival akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan di samping aktiviti cabutan bertuah untuk pengunjung.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.