Hutan Bukit Bendera Terbakar, 20,000 Terjejas

PULAU PINANG – Kehidupan lebih 20, 000 penduduk di sekitar kawasan pelancongan popular Bukit Bendera dekat sini terjejas akibat kebakaran hutan yang berlaku di beberapa kawasan bukit berkenaan.

Kepulan asap dapat dilihat sejauh tujuh kilometer dari bandaraya Georgetown dan dari Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran yang berlaku sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang berusaha mengawal keadaan.

“Ketika ini saya sedang melakukan tinjauan udara untuk memantau kebakaran dan mencari kaedah terbaik. Keadaan cuaca agak panas dan berangin ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.