Video: Tular Daerah, Mata Air Dan Danau Kekeringan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan wanita didakwa telah dirasuk jin yang menegaskan kedatangan Dajal tahun 2020 nanti.

Video yang tular itu didakwa berlaku di sebuah wilayah di Indonesia.

Ia telah memperlihatkan sisi hitam jin yang menjadi penyokong makhluk penyesat umat manusia, bernama Dajal.

Susulan itu, sebuah video minggu lalu juga turut menjadi tular dimana ia mengupas mengenai perkara yang sangat ditakuti umat Islam tentang fitnah dajal dan kiamat yang dikatakan semakin hampir.

Menerusi perkongsian video tersebut, telah menerangkan mengenai tanda kiamat bagi menyedarkan umat Islam supaya dapat berfikir dan memperbanyakkan amalan bagi menghadapi fitnah Dajal.

Video itu turut menyebut beberapa bukti terkini yang menunjukkan dekatnya kemunculan Dajal melalui tanda-tanda kiamat.

Ia turut melampirkan beberapa hadis sohih yang dikongsikan ulama’ dan Rasulullah s.a.w sendiri.

Tambah video itu lagi, umat Islam perlu bersiap sedia untuk menghadapi tahun 2020 yang bakal memasuki tahun berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.

Antaranya, video itu telah membuat perkongsian daripada bekas mufti Mesir, Ali Gomaa, memetik media Albaadee.net dimana beliau telah menyebutkan tiga tanda kiamat kubra yang sudahpun berlaku.

Tanda pertama, adalah kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam yang kini diduduki tentera Zionis, Israel.

Tanda kedua adalah, Danau Tiberias yang menjadi sumber utama air bersih bangsa Yahudi telah semakin mengering sejak tahun 2012 sehingga ke hari ini. Danau air tawar ini secara geografinya terletak di Palestin tetapi telah dikuasai Israel.

Pemerintah Israel didakwa panik apabila Danau itu dikatakan hanya mampu menyalurkan air selama lebih kurang 10 tahun lagi dan kini pihaknya sedang mencari air di kawasan Lubnan.

Manakala, tanda terakhir pula dikuatkan pula dengan fakta mata air Zughar yang terletak berhampiran laut mati di Jordan itu telah surut. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Palestin dan Syria.

Video yang menjadi tular ini menerima 503,000 tontonan YouTube sejak dimuat naik pada 18 Januari lalu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.