Video: Pengadil Henti Perlawanan Hormat Azan

JEDDAH – Mark Clattenburg, pengadil yang mengendalikan perlawanan bola sepak di Arab Saudi iaitu Al Feiha menentang Al-Fateh pada Rabu (24/1) tela meniup wisel menghentikan perlawanan ketika azan berkumandang.

Ia menjadi tular di media sosial dimana dia mendapat pujian netizen dan peminat bola sepak.

Terdahulu, bekas pengadil Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara itu menghentikan perlawanan sebagai tanda menghormati azan pada waktu itu.

Perlawanan dihentikan pada minit kelima waktu tambahan dengan jaringan ketika itu terikat 1-1 dan apabila permainan disambung semula Al-Feiha menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-118 untuk layak ke suku akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.