Video: Cikgu Mengamuk Semasa Mesyuarat Ditukar Ke Pejabat Pendidikan

Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya seorang guru yang dirakamkan mengamuk semasa mesyuarat guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah, ditempatkan dengan kadar segera di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, mulai hari ini, sehingga siasatan selesai.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan memaklumkan, tindakan berkenaan adalah bagi mententeramkan emosi guru berkenaan serta menjaga ketenteraman proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah berkenaan.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan mengingatkan semua guru serta pentadbir sekolah supaya sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional pada setiap masa khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid-murid serta masyarakat.

“Ia bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Sebagai penjawat awam, mereka juga hendaklah setiap masa menunjukkan teladan yang baik agar kepercayaan dan keyakinan terhadap profesion keguruan tidak menjadi bahan persendaan masyarakat,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Dalam video yang tular baru-baru ini, guru berkenaan telah mengamuk dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 24 Januari lalu. Lihat video di bawah:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.