Umurnya Hampir Sama Dengan Bakal Mertua, Wanita Ini Bayar Mertua RM3 Juta Agar Dapat Restu

Mendapat restu orang tua dari kedua belah pihak menjadi perkara penting sebelum berkahwin  tetapi tidak semua pasangan bernasib baik untuk mendapatkan berkat ibu bapa. Seperti pasangan ini.

Pada awal bulan Januari lalu video perkahwinan wanita berumur 38 tahun dengan lelaki 23 tahun menjadi viral di media sosial China.

Dikatakan umur pengantin perempuan 1 tahun lebih muda dari ibu pengantin lelaki.

Bapa pengantin lelaki berusia 41 tahun manakala ibunya berusia 39 tahun.

Mempelai pria dan wanita

Perbezaan umur hingga 15 tahun inilah yang membuatkan kedua orang tua pengantin lelaki tidak merestui hubungan mereka pada mulanya.

Namun pasangan kekasih ini akhirnya tetap berkahwin.

Pengantin perempuan yang kaya itu sanggup membayar mertuanya hingga RM3 Juta untuk mendapat restu.

Perkahwinan mereka diadakan dengan lancar tanpa halangan.

Dalam video yang beredar kelihatan kedua pengantin tersenyum bahagia di atas kereta sport mereka.

Mempelai pria dan wanita di atas mobil sport mereka

Awalnya pasangan tersebut kelihatan sangat bahagia kerana saling mencintai.

Namun sebuah portal berita di China melaporkan bahawa ada alasan lain mengapa lelaki muda itu mahu berkahwin dengan wanita setengah umur tersebut.

Menurut laporan, terdapat seorang netizen yang mendakwa mengetahui mengenali pengantin lelaki itu dan mengatakan bahawa pengantin lelaki itu adalah ‘anak ikan’ kepada wanita tersebut.

Namun wanita tersebut telah terlanjur dan hamil dan mereka tidak ada  pilihan lain selain berkahwin.

Orang tua pengantin lelaki akhirnya bersetuju dengan perkahwinan mereka setelah pengantin wanita itu memberi mereka wang dan membelikan mereka rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.