Tiada Negara Islam Lain Lebih Baik Dari Malaysia – Ulama Iraq

KUALA LUMPUR — Ulama Iraq Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam terbaik mengamal kebebasan bersuara.

Beliau berkata Malaysia, walau tidak seratus peratus sempurna, kepimpinan sedia ada menangani setiap masalah dengan cara tersendiri.

“Mana ada negara Islam lebih baik daripada Malaysia dalam kebebasan bersuara rakyatnya,” kata pengerusi Al-Wariseen Trust & Darul Jailani itu, lapor Berita Harian.

“Jangan biarkan sebarang percikan kecil memusnahkan negara ini,” katanya yang menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang diberkati.

Seorang ulama Amerika Syarikat pula menyeru umat Islam Malaysia melakukan reformasi rohani sebelum bercakap tentang reformasi politik.

“Jangan kita arahkan kesalahan kepada pihak lain. Punca masalah pada diri kita sendiri. Jika kita bersatu, maka Allah SWT bersama kita tetapi kita tidak bersatu,” kata Al-Sheikh Dr Muhammad Yahaya Al-Ninowy.

Mengingatkan perjuangan sebenar bermula dari dalam diri, beliau mendapati Malaysia, menerima Islam 700 tahun lalu, mengamalkan Islam dengan penuh kecintaan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.