Tahniah Wany

PENYANYI, Wany Hasrita membolot tiga anugerah pada Anugerah ERA Digital Muzik 2017 (ERADMA2017) yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Tiga anugerah itu, Artis ERA Jaa TV Terbaik, Penyanyi Kolaborasi Terbaik ERA bersama Tajul menerusi lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA bagi lagu Menahan Rindu yang bertahan selama 39 minggu sepanjang tahun lalu.

Lagu Warkah Untukku nyanyian Ara Johari turut diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA.

Wany berkata, kemenangan diraih adalah berkat kerja keras peminat yang inginkan dia menang dalam setiap kategori.

“Alhamdulillah, ini permulaan baik untuk saya tahun ini. Terima kasih kepada semua peminat yang bertungkus lumus dan bekerja keras mengundi saya.

“Tanpa mereka, saya pasti tidak akan menang. Apatah lagi, setiap kategori membariskan calon hebat. Jadi, sesiapa saja yang menang, saya okey. Sebab semuanya layak,” katanya.

Pada edisi kedua penganjuran ERADMA, lagu Jampi nyanyian Hael Husaini diumumkan sebagai Lagu Viral ERA.

Sementara itu, kategori Temubual Terbaik Carta ERA 40 menjadi milik Neelofa, Fatin Afeefa dan Syafiq Klyle (Res Velvet).

Penyanyi, Khai Bahar tidak pulang tangan kosong apabila menang kategori Lagu Cover Terbaik ERA menerusi lagu Luluh.

Bagi kategori Personaliti Lari Bidang Terbaik ERA dimenangi pelawak Achey yang kini bergelar penyanyi.

ERADMA2017 dihoskan pelawak popular, Nabil Ahmad dan disiarkan secara langsung di Facebook ERA.

Barisan artis yang turut membuat persembahan terdiri daripada Haqiem Rusli, X Pose Band, Aiman Tino dan Farah Hazel, Khai Bahar, Nabila Razali, Achey, Hael dan Virgoun.

Pemenang setiap kategori kecuali Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA dipilih berdasarkan undian 100 peratus peminat melalui laman web ERA.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.