Pemuda Maut Dibelit Phyton Kesayangan

Satu insiden menghayat hati berlaku kepada seorang pemuda yang maut dibelit haiwan peliharaannya, iaitu seekor ular.

Dan Brandon,31, maut dibelit ular phyton peliharaannya ketika berada di kediamannya.

Mayat Dan ditemukan di ruangan tempat dia memelihara 10 ular dan 12 tarantula di Church Crookham, yang berjarak 40 batu dari Kota London.

Sebelum ditemui mayat Dan, ibu bapa Dan Brandon tengah menyiapkan makan malam sehinggalah berbunyi hentakan kuat dari lantai atas rumahnya.

Mereka pun bergegas memeriksa keadaan anak lelaki mereka, yang tidak turun untuk makan malam.

Brandon ditemukan tidak sedarkan diri dan ular phyton yang dinamaka Tiny itu tak kelihatan di dalam bekas simpanannya.

Ibu bapa Brandon terus melakukan CPR (bantuan nafas) tapi nyawa pemuda itu tidak dapat diselamatkan.

Tiny adalah ular African rock phyton kesayangan Dan Brandon. Menurut ibunnya, Brandon telah memelihara Tiny sejak ular itu masih kecil.

Kini panjang Tiny telah mencapai hampir 2,5 meter.

Anggota penyelidik kematian, Andrew Bradley berkata, dia memiliki beberapa teori berhubung insiden kemalangan yang menimpa Dan Brandon.

“Tiny kemungkinan membelit Dan, namun pada masa yang sama hendak menjalar ke tempat lain,” jelas Bradley.

Terkejut dengan belitan itu, Dan tiba-tiba menjerit dan sekali gus telah mengejutkan Tiny.

Disebabkan terkejut dengan jeritan itu ular itu tidak sengaja telah membelit Dan kemudiannya Tiny berlalu dan bersembunyi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.