Pahang Masih Rahsiakan Baki Pemain Import Baharu

KUANTAN – Skuad Tok Gajah bakal mengumumkan nama dua lagi pemain import baharu mereka dalam masa terdekat dengan masing-masing akan mengisi posisi penyerang dan pertahanan.

Pahang telah menyambung kontrak dengan sayap kanan Mohamadou Sumareh dari Gambia selain mendapatkan khidmat Chan Vathanaka dan Safuwan Baharudin dari Singapura.

Walaupun telah memiliki Sumareh dan Vathanaka yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Kemboja, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui dia masih memburu seorang lagi penyerang dan seorang pemain pertahanan tetapi merahsiakan nama mereka.

“Urusan membawa masuk dua pemain tersebut akan di­selesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu sebelum perlawanan pertama Pahang menentang Perak dalam Liga Super di Stadium Darul Makmur pada 4 Februari ini,” katanya, di sini hari ini, lapor Utusan

Persediaan Pahang menje­lang sebelum sepak mula Liga Super musim ini menampilkan nota positif jika dilihat kepada perlawanan persahabatan di Bangkok pada awal Januari lalu.

Dalam siri lawatan pramusim di Bangkok selama seminggu hingga 10 Januari lalu, Pahang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Muangthong United yang kemudiannya menumpaskan Johor Darul Ta’zim 5-2 dalam kelayakan kedua Liga Juara-juara.

Pahang turut mencipta kemenangan 3-1 ke atas Thai Air Force Central sebelum kalah 1-0 kepada Gyeongnam FC pada hari terakhir mereka di Bangkok.

Mengulas pencapaian direkodkan skuad Tok Gajah sepanjang tempoh persiapan sejak November lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menerusi satu kenyataan baru-baru ini turut berpuas hati terhadap peningkatan dipamerkan.

“Pemain telah menunjukkan komitmen dan fokus penuh untuk mendapatkan persefahaman serta keyakinan bagi mengharungi musim 2018 yang akan bermula pada Februari nanti,” kata PBNP dalam kenya­taan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.