Mahathirlah Mat Jenin Yang Sebenar

`Mat Jenin’ yang sebenar yang berangan-angan untuk memerintah semula negara adalah Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bukan itu sahaja, rakyat mengetahui bahawa beliau adalah seorang `tokoh kleptokrasi’.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin, Mahathir yang semakin kerap menyerang PAS khususnya presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan beliau sendiri yang berangan menjadi Perdana Menteri.

“Di zaman pemerintahan Mahathir bekas Perdana Menteri itu terbukti merompak kekayaan negara untuk kemahuan diri dan anak-anaknya serta bersifat zalim kepada kawan dan lawan.

“Angan-angan Mat Jenin Mahathir yakni berhasrat untuk memerintah kembali dengan harapan madahnya ‘Melayu Mudah Lupa’ akan diadaptasi oleh rakyat bagi ‘melupai’ segala titik-hitam di era pemerintahannya. Lucu dan ajaib angan-angan Mat Jenin era baru ni. Usianya telah lama, tapi politiknya masih berhingus lagi,” kata Khairil.

Beliau turut membidas telahan Mahathir yang menyatakan kononnya hasrat PAS menerajui negara sebagai ‘Angan-angan Mat Jenin’ kerana baginya PAS berhasrat menerajui negara ini berteraskan pembawakan Islam yang sebenar.

Baru-baru ini Mahathir telah menyifatkan hasrat PAS untuk bertanding 130 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan majoriti mudah adalah “angan-angan Mat Jenin.

Sebelum itu, Mahathir mencabar PAS untuk mengumumkan calon perdana menteri mereka namun Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyindir beliau dengan menyatakan PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka, bukannya soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Menurut Tuan Ibrahim, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana rakyat sendiri muak dengan soal perebutan jawatan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.