Kejam, Kucing Dibantai Kemudian Mahu Dibakar

Gambar-gambar yang memaparkan beberapa lelaki yang memukul lima ekor kucing sampai mati dan hendak dibakar, telah menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Foto-foto kejam dan sadis itu dimuatnaik oleh akaun instagram ratu.gosip, hari ini. Ia dipercayai berlaku di Indonesia.

 

Beberapa lelaki terbabit dilihat mengikat kaki lima ekor kucing itu kemudian digantung di sebatang kayu untuk dibakar.

Perbuatan berkenaan mendapat kecaman ramai dan dianggap sebagai kurang ajar. Tidak diketahui sama ada kucing itu akan dijadikan makanan atau sekadar suka-suka sahaja.

Netizen meminta supaya sekumpulan lelaki terbabit dikenakan tindakan undang-undang kerana berlaku kejam kepada binatang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.