Kazakhstan Dilanda Cuaca Sejuk Melampau, Haiwan Ada Yang Mati Beku Di Jalanan

Suhu sejuk yang melampau melanda pelbagai negara di dunia. Salah satu negara yang mengalami keadaan ini adalah Kazakhstan.

Di negara ini suhu boleh menjunam hingga minus 56 darjah Celsius. Keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada manusia tetapi juga kepada haiwan.

Sejumlah haiwan ditemui mati dalam keadaan membeku di pelbagai tempat di negara tersebut.

Beberapa haiwan mati beku ketika sedang memanjat pagar dan bangkai binatang-binatang itu harus dilepaskan dari tempatnya oleh penduduk.

Di tempat lain seekor anjing yang terperangkap ketika berjalan di tompokan salji  juga mati kesejukan.

Keadaan ini menjadikan aktivis haiwan mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi menyelamatkan haiwan .

“Dalam keadaan beku ini, kami cuba menyelamatkan  haiwan setiap hari. Bersama para sukarelawan, kami cuba sedaya upaya kami untuk menolong,” demikian kenyataan sebuah organisasi penyayang haiwan.

“Kami menghangatkan tubuh haiwan-haiwan ini, kami memberi makan, dan membawa ia ke doktor,” tambah organisasi itu.

Keadaan sejuk di Kazakhstan ini hanya berselang beberapa minggu selepas sebuah termometer mencatat rekod suhu paling sejuk iaitu minus 62 darjah Celsius di desa Omyakon, Rusia.

Kampung yang terletak di Siberia itu sudah lama mendapat gelaran sebagai kawasan paling sejuk di dunia yang dihuni manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.