Kapal Selam Bawa Dadah

BOGOTA, Colombia – Bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan menemui salah satu daripada kapal selam membawa dadah jenis kokain milik raja dadah Colombia, Pablo Escobar baru-baru ini.

Menurut Agensi, Escobar menggunakan kapal selam untuk membawa kokain dari Colombia ke Puerto Rico sebelum diseludup ke tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan harta kekayaan Escobar bernilai AS$71 bilion (RM277 bilion) dilaporkan disembunyikan sebelum kematiannya. Sekiranya kapal selam itu ditemui, ia mungkin memberi petunjuk lokasi harta tersebut.

Sebuah program Discovery Channel telah merakamkan penerokaan dua penyelam yang bekerja untuk agensi AS, Doug Laux dan Ben Smith di kawasan tidak dikenali di pantai Colombia bagi mencari kekayaan Escobar.

Escobar memulakan karier jenayahnya sejak remaja dengan menjual rokok seludup di jalan-jalan di Medellin, petik Kosmo

Dia kemudian terlibat dalam penyeludupan kokain pada 1970-an dan menjadi sangat kaya apabila memiliki 15 pesawat dan enam helikopter bagi membantu menyeludup dadah ke AS.

Pada pertengahan 1980-an, kartel dadah Escobar telah membawa masuk AS$420 juta (RM1.6 bilion) seminggu dan hampir AS$22 bilion (RM85.1 bilion) setahun.

Kebanyakan harta kekayaannya dalam bentuk tunai dan disembunyikan di pelbagai lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.