Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Ronaldo Bakal Pulang Ke UNITED?

Spekulasi semakin panas diperkatakan apabila pengendali Manchester United, Jose Mourinho kini menunggu lampu hijau dari kelab bolasepak Sepanyol untuk membawa kembali bintang dari Portugal, Cristiano Ronaldo.

Penyerang kebangsaan Portugal berusia 32 tahun itu dikaitkan dengan kepulangan semula ke Manchester United dan Mourinho sudah pun menjelaskan sebelum ini yang dirinya berminat mengikat pemain berkenaan pada musim akan datang.

Laporan di Sepanyol mendakwa Ronaldo akan menyertai United sekiranya Real mampu meyakinkan penyerang Brazil, Neymar untuk berpindah keluar dari Paris Saint-Germain.

United menjual Ronaldo kepada Real Madrid dengan rekod pemindahan termahal ketika itu, 80 juta pound (RM442 juta) pada Julai 2009.

Berita bakal perpindahan Ronaldo ke United diperhangatkan lagi apabila salah seorang pemain United telah memuatnaikan gambar Ronaldo bejersi United dalam Instagram kelmarin dengan tulisan berbunyi ‘selamat pulang Ronaldo’ – Suzein Yana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.