Video: Lelaki Dibelasah, Mencuri Ketika Jemaah Sedang Solat

KUALA LUMPUR – Viral di laman sosial apabila seorang lelaki didapati mencuri beg jemaah wanita ketika sedang menunaikan solat subuh di sebuah masjid Padang Jambu di Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

 

Menerusi video yang dikongsikan, kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan perbuatan lelaki tersebut yang pada awalnya masuk secara senyap di kawasan jemaah wanita yang sedang bersolat.

 

Bagaimanapun, apabila lelaki itu keluar di perkarangan masjid, dia ditangkap orang ramai yang melihat kejadian tersebut.

 

Seorang dari jemaah masjid turut merakam aksi tangkapan tersebut menerusi telefon bimbit dimana lelaki tersebut dipukul dan kemudiannya akan di bawa ke balai polis berhampiran.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.