Penduduk Kawasan Pantai Diminta Waspada Air Pasang Besar

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini yang tinggal berhampiran kawasan pantai dinasihat berjaga-jaga berikutan fenomena air pasang besar di sini, dijangka berterusan sehingga esok.

 

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu, Left Kol Adam Abdul Rahman, berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi, fenomena berkenaan dijangka berterusan.

 

Katanya, laporan yang diterimanya hari ini memaklumkan terdapat beberapa lokasi terjejas akibat fenomena itu malam semalam, antaranya Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Gong Batu, Setiu dan di Besut.

 

“Fenomena ini dilaporkan membawa ombak setinggi empat hingga lima meter dengan kekuatan angin selaju 60 kilometer sejam.

 

“Ia dijangka berterusan sehingga esok. Justeru, anggota JPAM di setiap daerah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

 

Beliau turut menasihatkan penduduk sekitar pesisir pantai mengambil langkah berjaga-jaga untuk berpindah ke tempat selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.