VIDEO: Kejutan Terbaik! Bintang Bola Sepak Ronaldo Menyamar Sebagai Pengemis

BINTANG bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

 

Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan memakai jambang palsu serta berambut panjang.

 

Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun mengenali dirinya.

 

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.

 

Kehadiran Ronaldo disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.

 

Cristiano Ronaldo

 

 

Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian.

 

Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang bergambar dan Ronaldo jugadikatakan begitu sabar melayan karenah mereka.

 

Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan gemar memberikan kejutan kepada peminatnya. – AstroGempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.