Pencuri Diberkas Selepas ‘Selfie’ Guna Tablet Curi

Dua lelaki yang mencuri sebuah iPad berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas mereka dengan bangganya merakamkan gambar selfie menggunakan gajet tersebut.

 

Portal berita Metro.co.uk melaporkan, dua suspek itu mencuri tablet tersebut, wang tunai dan pelbagai barangan elektronik lain milik mangsa pada 8 Januari lalu apabila mereka menceroboh sebuah trak.

 

Bagaimanapun mangsa dilaporkan terkejut melihat gambar dua lelaki itu memegang wang tunai Dollar Amerika sambil tersenyum ke arah kamera sebaik sahaja mendaftar masuk ke akaun iCloudnya.

 

Mangsa percaya iPadnya disambungkan ke Wifi milik kafe itu dan gambar yang diambil itu dimasukkan ke akaun iCloudnya secara tidak sengaja lalu memuat naik imej itu ke media sosial, lapor Metro.co.uk.

 

“Selepas gambar tersebut menjadi viral, kedua pencuri tersebut dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan ditahan pada Rabu lalu,” kata mangsa seperti yang dipetik menerusi berita portal itu.

 

Beberapa barangan lain yang dicuri dibuang oleh suspek di belakang sebuah kafe, kata pihak berkuasa. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.