Nur Fazura Tegur Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

BAGI mereka yang mengikuti program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pasti anda tahu komen pedas yang diberikan oleh juri, Nur Fazura kepada kumpulan Virus yang dianggotai Zizan Razak, Tauke dan Yus, Jumaat lalu.

 

Dilihat kurang memberangsangkan, Fazura menyifatkan persembahan kumpulan itu sebagai hambar.

 

Tapi mungkin kerana tidak berpuas hati dengan komen Fazura, Zizan memotong percakapan aktres tersebut dan perbuatan itu dilihat agak biadap oleh sesetengah penonton.

 

Kemudian tidak lama selepas berakhirnya program malam itu, Fazura memuatnaik status Twitter berbunyi:

NurFazura Tweet - MLM2014

Ramai beranggapan tweet itu ditujukan kepada Zizan kerana sikapnya yang sukar untuk menerima teguran sebelum itu.

 

Hmm… anda mungkin bertaraf selebriti tersohor seantero Malaysia. Tapi, kalau sudah masuk bertanding, itu bermakna kenalah sanggup menerima sebarang kritikan biarpun kadang-kadang ia agak memalukan.

 

Jadi, mahu atau tidak… kenalah reda saja, betul tak? -MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.