Mr Bean Lelong Kereta Mewahnya, RM43 juta

Pelakon terkenal, Rowan Atkinson atau lebih dikenalinya dalam watak sitkom komedi, Mr Bean dilaporkan melelong kereta mewah kesayangannya, model McLaren F1 di pasaran dengan harga bermula 8 juta pound (RM43 juta).

 

Pelakon berusia 60 tahun itu telah membeli kereta tersebut yang boleh mencecah kelajuan 387 kilometer sejam itu dengan harga hampir RM30 juta (540,000 pound) pada tahun 1997.

 

Portal Mirror.co.uk melaporkan Rowan berkata ketika ditanya sebab dia mahu menjual kereta terbabit, “Ia tidak pernah dibeli sebagai satu pelaburan.”

 

Kereta terbabit juga dilaporkan pernah terlibat dengan kemalangan sebanyak dua kali.

 

Kemalangan tersebut juga pernah mencatat sejarah Britain tersendiri, apabila pelakon tersebut berjaya mendapat tuntutan insurans tertinggi berjumlah 900,000 pound (RM4.5 juta) untuk membaiki kereta tersebut yang terlibat dalam kemalangan pada 2011 selepas melanggar sebatang pokok.- TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.