Laman Web MAS Digodam

PETALING JAYA: Laman web syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Cyber Caliphate’ pada pagi Isnin.

 

Halaman utama laman web tersebut digantikan dengan sekeping foto sebuah pesawat Airbus A380 milik syarikat penerbangan tersebut dengan perkataan ‘404 – Plane Not Found’

 

Cyber Caliphate turut memasukkan akaun Twitter @umgrobert dan @umg_chris sebagai orang yang boleh dihubungi.

 

Nama lain yang disenaraikan dalam laman web itu adalah Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE dan HENRY BLAIR STRATER.

 

The Star Online cuba untuk mendapatkan maklum balas MAS berhubung dakwaan itu.

 

Sehingga pukul 11 pagi, beberapa pengguna boleh mengakses laman web itu manakala ada pengguna yang masih melihat versi laman web yang digodam tersebut.

 

Beberapa pengguna mudah alih cuba untuk mengakses laman web itu tetapi berdepan masalah Error 521. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.