Keputusan Kes Liwat Anwar 10 Februari Ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 10 Februari ini bagi keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Tarikh itu dinyatakan melalui akaun Twitter rasmi Mahkamah Persekutuan pagi Isnin.

 

Sekiranya didapati bersalah, Anwar terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini berdasarkan artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

 

Dalam rayuannya, Anwar, 67, Anwar meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

 

Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu.

 

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.