Kastam Rampas RM75,960 Minuman Seludup

Pasukan Ops Pintas Khas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas minuman keras dan minuman bertenaga seludup bernilai RM75,960 dalam empat kes berasingan membabitkan nilai cukai RM131,687 di Gelang Patah di sini, mulai 16 hingga 20 Januari lalu.

 

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, barangan berkenaan diseludup masuk dari Singapura menerusi Lebuh Raya Link Kedua.

 

Beliau berkata, ia diseludup dengan empat kenderaaan termasuk dua kereta pacuan empat roda selain dua lori.

 

“Tiga lelaki iaitu dua pemandu selain seorang kelindan warga tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

 

“Kami masih memburu dua lelaki yang melarikan diri.

 

“Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media di Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia 2015 Peringkat Negeri Johor di Menara Kastam di sini, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.