Firefly Tawar Tambang RM88 Untuk Semua Destinasi Domestik

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Firefly Airlines menawarkan promosi terhad RM88 bagi tambang sehala ke semua destinasi domestik sempena sambutan Tahun Baharu Cina, mulai hari ini hingga 8 Feb.

 

Menurut kenyataan Firefly Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, tempoh perjalanan bermula sekarang sehingga 24 Okt 2015.

 

Menurutnya, tiket untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam dan Pekanbaru di Indonesia, Singapura, Koh Samui dan Krabi di Thailand ditawarkan tambang bermula dari RM88 hingga RM288.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong berkata promosi RM88 sempena tahun kambing itu merupakan antara cara syarikat itu menghargai pelanggan mereka.

 

“Kami harap tambang yang berpatutan ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan menaiki kapal terbang dan merasai pengalaman terbang dengan cara Firefly,” katanya.

 

Beliau berkata syarikat itu akan menerima empat pesawat baharu tahun ini sekali gus membolehkannya menambah kekerapan laluan sedia ada dan memperkenalkan destinasi baharu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.