Dicekup Sejam Selepas Menyamun

Johor Bahru: Tiga lelaki berusia lingkungan 22 hingga 43 tahun termasuk seorang bekas pegawai imigresen ditangkap dalam tempoh sejam selepas menyamun seorang lelaki warga asing dalam kejadian di Majidee di sini, kira-kira 2 pagi Rabu lalu.

 

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawai imigresen berkenaan sudah dibuang kerja selain pihaknya berjaya merampas sebuah kenderaan dan sepasang gari yang disyaki digunakan untuk aktiviti samun.

 

Katanya,  semua suspek mempunyai lapan rekod jenayah termasuk dadah selain ujian saringan air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah.

 

“Dalam kejadian berkenaan semua suspek menyamun seorang pekerja asing dan melarikan barangan milik mangsa.

 

“Semua suspek ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan selain jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen di sini, hari ini.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.